:
FALSAFAH PENDIDIKAN
Share:


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysian adalah satu Usta berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usta ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan pengetahuan islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap,kemahiran,keperibadian dan panduan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri,masyarakat,alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.